Khamis, 28 Mei 2015

Semerah cinta red velvet


Permulaan

     Tepung gandum,telur ayam,minyak jagung,gula icing,pewarna merah,Susu sejat,semuanya dikeluarkan dari dalam almari penyimpanan bahan-bahan bakerinya.

Niatnya,malam ini mahu 'membakar' kek kegemarannya,red velvet.kek kegemaran dia dan...

"Awak saya ada bawak sesuatu untuk awak"katanya ceria.

"Ehh Aman,awak bawak apa untuk saya?"tanya nadia.dia sepertinya mampu mengangak apa yang dibawa oleh si aman.'mesti red velvet'bisik hatinya.

"Awak mesti suka.sye confirm.sebelum tu,tutup mata dulu."arahnya.

Sebuah bekas makanan sederhana besar  dikeluarkan aman dari beg sandangnya.Perlahan-lahan penutup bekas itu dibuka.

Carrot cake bersalut cream cheese terlihat begitu enak sekali di dalam bekas yang dibawa aman.

Seraya itu,nadia terus membuka mata dek terlalu teruja mahu melihat 'sesuatu' yang dibawa aman.juga kerana bau kek yang dibawa begitu menusuk hidungnya.

"Wahhh red velvet!"nadia begitu teruja melihat kek yang berada di hadapanya kini.

"Ehh bukan la.ni carrot cake.cuma topping je sama.kek die lain ok."aman memberi penjelasan seraya tertawa kecil melihat keterujaan nadia.

Nadia kelihatan sedikit kaget.sangkaannya meleset sama sekali.

"Ohh.tq."perlahan sahaja tuturan nadia.

"Kek ni sedap tau.dalam die ada badam cincang yang rangup,kacang wallnut yang lemak,kiub nenas yang masam manis,parutan lobak merah,diadun bersama gula perang,dibakar dan disaluti topping cream cheese.wahh jadi laa carrot cake ni."panjang lebar aman menerangkn.

"Hahahahaha"nadia tertawa kuat membuatkan aman sedikit kepelikan...

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan